Halaman

Selasa, 25 Oktober 2022

Siapa Msba Berkat Enterprise ?

SEJARAH PENUBUHAN


Msba Berkat Enterprise telah didaftarkan secara rasmi di ssm pada 23 ogos 2022 dan merupakan gabungan dari Msba Engineering services ,Msba Online Shop, Agent Cuckoo Kelantan dan Dealer Halo Telco.


Segalanya bermula disini..........

Msba Engineering Services merupakan page yang ditubuhkan khas untuk mempromosi Perniagaan kami yang berdaftar dengan ssm sejak tahun 2014 lagi atas nama Msba Contruction & Engineering Services. Syarikat ini menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan pembinaan dan kejuruteraan. Syarikat ini merupakan permulaan saya dalam menceburi dunia perniagaan yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Dalam serba kekurangan dari segi ilmu, pengalaman dan modal saya menjalankan juga perniagaan ini demi menambahkan pendapatan keluarga saya. Tapi syarikat ini hanya bertahan selama 3 tahun sahaja disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakakan. 


Permulaan jual online...............

Msba online shop pula merupakan kedai online kami yang menjual pelbagai produk kosmetik dan kesihatan yang telah beroperasi sejak tahun 2018 lagi. Perniagaan ini merupakan percubaan saya yang kedua dalam dunia perniagaan. Saya mula meminati perniagaan ini setelah membeli satu produk kosmetik untuk isteri saya dari seorang penjual secara online dan mengambilnya secara COD di kota bharu.  Dari pertemuan itu saya diperkenalkan oleh beliau tentang peluang perniagaan dalam bidang kosmetik dan produk kesihatan. Dia telah menawarkan saya menjadi dropship kepada produk yang dia jual tanpa sebarang modal dan tanpa perlu menyipan stock. Saya hanya perlu mempromosikan produk tersebut melalui media sosial dan proses pengeposan akan dilakukan oleh beliau. Hari demi hari saya semakin berminat dengan dunia perniagaan ini dan semakin menambah produk yang dijual dan mula mengambil stock sendiri untuk melakukan COD kepada pelanggan-pelanggan disekitar kota bharu, kubang kerian, pengkalan chepa dan bachok. Perniagaan ini saya masih lakukan sehingga kini, walaupun keuntungannya tidak lah banyak tapi alhamdulillah lah, sekurang-kurangnya saya dapat jadikannya sebagai pendapatan sampingan untuk menampung perbelanjaan harian saya dan keluarga .


Perancangan Allah sebaik-baik perancangan..........

Agent Cuckoo Kelantan pula bermula apabila saya ingin memasang penapis air untuk rumah saya. Saya ingin memasang penapis air ni pun bukanya untuk berlagak macam orang kaya. Tapi ianya merupakan keperluan untuk kami sekeluarga dan memudahkan kerja-kerja harian kami dalam menyediakan air minuman untuk keluarga. Di pendekkan ceritanya , apabila nak cari penapis air yang terbaik dan harga yang berpatutan ni maka saya mula la search dalam  google dan facebook. Cari punya cari.... macam-macam jenis penapis air dan jenama yang saya jumpa. Akhirnya saya tertarik dengan satu iklan di facebook tentang penapis air cuckoo ni. Tanpa berfikir lagi, saya pun terus klik link whatsApp pada iklan tersebut. Rupa-rupanya iklan tu direct pada salah seorang manager cuckoo.... beliau memperkenalkan dirinya En Kamarul. Setelah penerangan detail dari beliau tentang penapis air cuckoo ini, saya pun berminat nak dapatkan penapis air cuckoo jenis King Top. Tapi Sebelum tu beliau cadangkan kepada saya supaya jadi agent cuckoo dulu... pendaftaran free je. Lepas daftar boleh terus submit order untuk diri sendiri dan dapat komisen boleh bayar utuk bayaran cuckoo bulan depan. Jimat...... katanya lah. Saya pun bersetuju je dengan cadangan beliau dan terus bagi dokumen untuk pendaftaran sebagai agent cuckoo. Setelah pendaftaran sebagai agent cuckoo berjaya saya pun terus submit order untuk diri sendiri. Dari situ bermula lah, kerja sampingan saya sebagai agent cuckoo......... saya pun buat la page khas untuk promosi produk cuckoo tersebut. Page tu saya namakan " Agent Cuckoo Kelantan ".


Semakin berminat nak buat bisnes..........

Kisah sebagai  "Dealer Halo Telco"   ni pun lebih kurang sama juga lah. Saya bermula sebagai pengguna biasa sahaja. Tapi bila lama-lama dah guna saya jadi jatuh cinta lah pulak dan mula lah nak kenal dengan halo telco ni lebih dekat lagi. Saya pun berjumpa lah dengan agent yang jual sim kad halo telco ni pada saya. Selepas penerangan secara detail dari beliau saya pun bersetuju nak jadi Agent Jual sim kad Halo Telco ni tanpa sebarang paksaan. Setelah proses pendaftaran sebagai dealer berjaya, saya pun buat la satu lagi page dengan nama " Dealer Halo Telco " utuk promosi simkad Halo Telco. Sehingga kini saya masih lagi Agent Simkad Halo Telco yang sah. 


Kini........... Alhamdulillah.

Bila dah macam-macam perniagaan saya buat dan banyak page pulak tu.... saya jadi susah nak uruskan semuanya. Tambahan pula sekarang ini saya ada buat bisnes baru sebagai agent unifi, baik pulih peralatan elektrik dan elektronik serta baik pulih telefon bimbit dan komputer. Tak kan nak daftarkan satu-satu perniagaan saya tu... rugi duit je bayar lesen ssm. Jadi untuk memudahkan kerja dan menjimatkan bajet, saya pun gabungkan kesemua perniagaan saya dalam satu syarikat dan satau page sahaja atas nama............

" MSBA  BERKAT  ENTERPRISE "








Msba Berkat Enterprise menyediakan pelbagai perhidmatan antaranya ialah....


1. Baik pulih Pendawaian Elektrik

2. Baiki kerosakan telefon bimbit ( masih belum operasi )

3. Baik pulih peralatan elektrik dan elektronik

4. Baik pulih komputer ( Format  windows )

5. Services penyaman udara ( masih belum operasi )

6. Agen sim card halo telco

7. Agent Unifi

8. Agent Cuckoo

9. Jamu dan produk kesihatan

10. Lain2 perhidmatan  akan menyusur.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan