Pengenalan
Apa itu Kecerdasan Buatan? Kecerdasan buatan atau kepintaran buatan merupakan kecerdasan dimiliki dan ditunjukkan suatu sistem beraturcara atau mesin jentera yang mampu melakukan tugas dan fungsi mirip yang dijana pemikiran manusia.
Teknologi kecerdasan buatan amerupakan salah satu cabang sains dalam menjadikan sesuatu benda mempunyai kepintaran seperti manusia.
Antara cabang penting dalam AI ialah pembelajaran mesin (machine learning) iaitu keupayaan mesin yang mampu 'belajar' untuk menjadi pintar.
Secara konsepnya, mesin yang bakal ‘diajar’ manusia perlu dilengkapkan dengan maklumat yang banyak untuk menjadikannya lebih pintar berbanding mesin lain.
Dengan kata lain, mesin akan dilengkapkan dengan ribuan percubaan untuk menyelesaikan sesuatu tugas.
Di sepanjang proses ini, mesin tersebut akan memahami dan mempelajari konsep untuk menyelesaikan tugas tersebut.
Sebagai contoh, mesin deposit wang yang banyak digunakan untuk memasukkan wang ke akaun bank sebelum ini hanya mampu mengesan wang pada jumlah tertentu.
Dengan kecanggihan teknologi terkini, mesin tersebut kini boleh mengesan ketulenan wang yang dimasukkan selepas melalui beberapa fasa 'tunjuk ajar' yang dibuat pembangun mesin berkenaan.
Kelebihan Kecerdasan Buatan
- Memudahkan urusan kerja manusia
- Banyak digunakan dalam bidang kajian dan kejurutetaan.
- Dapat meningkatan produktiviti dalam industri
- Sesuatu maklumat diperolehi dengan pantas dan tepat.
- Dapat mengesan sesuatu lokasi dengan lebih tepat
Keburukan Kecerdasan Buatan
- Memberikan saingan kepada industri rendah atau manual
- Kualiti hubungan antara manusia semakin renggan
- Kebergantungan kepada teknologi terlalu tinggi
- Privasi semakin menipis
- Peningkatan kos sara hidup
Tiada ulasan:
Catat Ulasan