Penting ke..........
Nak berniaga ni orang kata kena asingkan antara duit peribadi dan duit bisnes baru la perniaagaan kita boleh kekal lama dan bertambah maju. Masa saya mula-mula terlibat dengan dunia bisnes dulu saya tak pentingkan pun benda-benda macam ni. Apa yg saya tahu berniaga dapat duit dan boleh tambah pendapatan..... untung rugi tak pernah rekod pun, duit keluar masuk tak ada rekod pun, duit hasil bisnes dan pekerjaan tetap campur aduk macam tu je. Mungkin sebab tu la bisnes saya dulu tak ada masa depan..... duit bisnes habis macam tu je. Last-last tutup macam tu je bisnes..... buat apa berniaga kalau tak ada untung. Sebenarnya bukan tak ada untung, tapi saya tak rekod transaksi duit keluar dan masuk perniagaan saya. Tak rekod dari mana hasil dan guna untuk apa. Lagi satu sepatutnya saya kena aingkan duit untuk bisnes dan peribadi dan hanya ambik gaji saya sahaja. Untung yang lebih tu boleh simpan untuk mengembangkan lagi bisnes di masa akan datang. Tu la kesilapan saya yang terbesar dalam perniagaan. Buat sesuatu perkara tanpa ilmu macam ni la jadinya. Tapi tak apa orang kata pengalaman mematangkan kita.
Tak nak pisang berbuah dua kali........
Alhamdulillah setelah banyak kursus-kursus berkaitan dengan perniagaan dan pengurusan kewangan yang telah saya hadiri, saya lebih yakin lagi untuk bangkit semula dalam dunia perniagaan. Setelah membuat pembacaan di internet berkaitan dengan akaun perniagaan yang ditawarkan oleh bank-bank di malaysia, saya telah tertarik dengan akaun perniagaan oleh maybank. Akaun perniagaan yang ditawarkan oleh maybank ni tak perlu introductor, tak perlu cop syarikat dan hanya mohon online je. Tapi bila permohonan online dah berjaya kita perlu la pergi ke cawanagn bank yang dipilih untuk hantar segala salinan dakumen yang diperlukan termasuk salinan ssm yang masih sah. Selepas hantar semua dokumen kita boleh balik rumah dulu dan tunggu pegawai bank akan call kita dalam tempoh seminggu. Ini kerana pihak bank perlu menyemak segala dokumen kita dahulu sebe;um diaktifkan akaun kita. Bila akaun kita dah aktif pihak bank akan call untuk kita datang bank dan masukkan depost rm 1000. Tapi deposit tu boleh keluarkan balik la selepas satu hari akaun di aktifkan.
Buat bisnes lebih yakin.................
Dah ada akaun bisnes ni saya lebih yakin lagi la nak buat bisnes dan boleh lah saya asingkan antara duit pekerjaan tetap dan duit bisnes. Lagi satu dengan menggunakan akaun bisnes ni pelangan akan lebih yakin dengan kita tertamanya dalam bisnes online macam saya. Selepas ini tak ada lah masalah bank nak bekukan akaun peribadi saya lagi kerana transaksi harian yang banyak.
Ni maklumat akaun perniagaan saya......
Nama : Msba Berkat Enterprise
Bank : Maybank
No Akaun : 5531 3105 9832
Tiada ulasan:
Catat Ulasan