Halaman

Jumaat, 4 November 2022

Perancangan Perniagaan Syarikat

Pengenalan

Msba Berkat Enterprise diuruskan oleh seorang pengurus dan dibantu oleh 3 orang penyelia syarikat. Setiap penyelia syarikat akan menjaga di bahagian yang telah ditetapkan. Perniagaan syarikat terbahagi kepada 3 bidang yang utama iaitu  :

1. Kedai Online

2. Bengkel Baik Pulih

3. Projek Kejuruteraan dan Pembinaan 



Kedai Online

Kedai online merupakan perniagaan yang kami jalankan melalui media sosial seperti Fb page, whasap bisnes, intagram bisnes, tiptop shop, mudah.my, google bisnes dan web site Ecommerce. Untuk menguruskan semua ini kami telah tugaskan seorang penyelia untuk menguruskan segala aktiviti berkaitan dengan bisnes online ini.  Antara tugas penyelia kedai online ialah menjalankan promosi produk-produk dan mengambil order customer untuk tindakan lanjut .

Perniagaan yang di masukkan dalam kategori ini ialah :

1. Agent produk Cuckoo

2. Agent Unifi 

3. Dealer simkad Halo Telco 

4. Jamu dan Produk Kesihatan 

5. Gubahan Bunga dan Suprise delivery

Buat masa ini saya tugaskan isteri saya sendiri iaitu Syarafina binti Ariffin sebagai penyelia kedai online. Selain penyelia kedai, ada seorang lagi pembantu kedai akan dilantik suatu hari nanti produk kepada customer sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Bachok dan Pengkalan Chepa.untuk menjalankan kerja2 pengbukusan produk untuk proses pengeposan dan jugak untuk cod 


Bengkel Baikpulih

Bengkel baikpulih ini diuruskan oleh seorang penyelia bengkel yang ditugaskan untuk mengurus dan memastikan barangan atau peralatan yang dihantar oleh pelangan disiapkan dengan secepat mungkin. Buat masa ini penyelia bengkel ialah saya sendri. Kerja-kerja baikpulih yang dijalankan seperti berikut :

  • Baikpulih barangan Elektrik dan Elektronik  domestik 
  • Baiki Smartphone dan Tablet 
  • Format dan Upgred  komputer  dan laptop
  • Baiki kerosakan pendawaian elektrik
  • Baiki Masalah sistem Perpaipan dan pum air
Baikpulih barangan Elektrik dan Elektrik ni merangkumi semua barangan atau peralatan yang digunakan dirumah kita kecuali peralatan audio visual. Contoh peralatan tersebut ialah mesin basuh, periuk elektrik, kipas, lampu dan lain-lain lagi.


Projek Kejuruteraan dan pembinaan ( Kontrktor CIDB )

Masih dalam proses pendaftaran dengan Cidb dan Pkk. InsyaAllah sebelum penghujung tahun 2023 proses pendaftaran akan selesai sepenuhnya dan boleh mula beroperasi. Bahagian ini akan diketuai oleh seorang penyelia projek dan dibantu oleh dua orang tukang yang akan dilantik nanti,










Tiada ulasan:

Catat Ulasan