Halaman

Jumaat, 4 November 2022

Perancangan Perniagaan Syarikat

Pengenalan

Msba Berkat Enterprise diuruskan oleh seorang pengurus dan dibantu oleh 3 orang penyelia syarikat. Setiap penyelia syarikat akan menjaga di bahagian yang telah ditetapkan. Perniagaan syarikat terbahagi kepada 3 bidang yang utama iaitu  :

1. Kedai Online

2. Bengkel Baik Pulih

3. Projek Kejuruteraan dan Pembinaan 



Kedai Online

Kedai online merupakan perniagaan yang kami jalankan melalui media sosial seperti Fb page, whasap bisnes, intagram bisnes, tiptop shop, mudah.my, google bisnes dan web site Ecommerce. Untuk menguruskan semua ini kami telah tugaskan seorang penyelia untuk menguruskan segala aktiviti berkaitan dengan bisnes online ini.  Antara tugas penyelia kedai online ialah menjalankan promosi produk-produk dan mengambil order customer untuk tindakan lanjut .

Perniagaan yang di masukkan dalam kategori ini ialah :

1. Agent produk Cuckoo

2. Agent Unifi 

3. Dealer simkad Halo Telco 

4. Jamu dan Produk Kesihatan 

5. Gubahan Bunga dan Suprise delivery

Buat masa ini saya tugaskan isteri saya sendiri iaitu Syarafina binti Ariffin sebagai penyelia kedai online. Selain penyelia kedai, ada seorang lagi pembantu kedai akan dilantik suatu hari nanti produk kepada customer sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Bachok dan Pengkalan Chepa.untuk menjalankan kerja2 pengbukusan produk untuk proses pengeposan dan jugak untuk cod 


Bengkel Baikpulih

Bengkel baikpulih ini diuruskan oleh seorang penyelia bengkel yang ditugaskan untuk mengurus dan memastikan barangan atau peralatan yang dihantar oleh pelangan disiapkan dengan secepat mungkin. Buat masa ini penyelia bengkel ialah saya sendri. Kerja-kerja baikpulih yang dijalankan seperti berikut :

  • Baikpulih barangan Elektrik dan Elektronik  domestik 
  • Baiki Smartphone dan Tablet 
  • Format dan Upgred  komputer  dan laptop
  • Baiki kerosakan pendawaian elektrik
  • Baiki Masalah sistem Perpaipan dan pum air
Baikpulih barangan Elektrik dan Elektrik ni merangkumi semua barangan atau peralatan yang digunakan dirumah kita kecuali peralatan audio visual. Contoh peralatan tersebut ialah mesin basuh, periuk elektrik, kipas, lampu dan lain-lain lagi.


Projek Kejuruteraan dan pembinaan ( Kontrktor CIDB )

Masih dalam proses pendaftaran dengan Cidb dan Pkk. InsyaAllah sebelum penghujung tahun 2023 proses pendaftaran akan selesai sepenuhnya dan boleh mula beroperasi. Bahagian ini akan diketuai oleh seorang penyelia projek dan dibantu oleh dua orang tukang yang akan dilantik nanti,










Rabu, 2 November 2022

Pembukaan Akaun Syarikat


Penting ke..........

Nak berniaga ni orang kata kena asingkan antara duit peribadi dan duit bisnes baru la perniaagaan kita boleh kekal lama dan  bertambah maju. Masa saya mula-mula terlibat dengan dunia bisnes dulu saya tak pentingkan pun benda-benda macam ni. Apa yg saya tahu berniaga dapat duit dan boleh tambah pendapatan..... untung rugi tak pernah rekod pun, duit keluar masuk tak ada rekod pun, duit hasil bisnes dan pekerjaan tetap campur aduk macam tu je. Mungkin sebab tu la bisnes saya dulu tak ada masa depan..... duit bisnes habis macam tu je.  Last-last tutup macam tu je bisnes..... buat apa berniaga kalau tak ada untung. Sebenarnya bukan tak ada untung, tapi saya tak rekod transaksi duit keluar dan masuk perniagaan  saya. Tak rekod dari mana hasil dan guna untuk apa. Lagi satu sepatutnya saya kena aingkan duit untuk bisnes dan peribadi dan hanya ambik gaji saya sahaja. Untung yang lebih tu  boleh simpan untuk mengembangkan lagi bisnes di masa akan datang. Tu la kesilapan saya yang terbesar dalam perniagaan. Buat sesuatu perkara tanpa ilmu macam ni la jadinya. Tapi tak apa orang kata pengalaman mematangkan kita.

Tak nak pisang berbuah dua kali........

Alhamdulillah setelah banyak kursus-kursus berkaitan dengan perniagaan dan pengurusan kewangan yang telah saya hadiri, saya lebih yakin lagi untuk bangkit semula dalam dunia perniagaan. Setelah membuat pembacaan di internet berkaitan dengan akaun perniagaan yang ditawarkan oleh bank-bank di malaysia, saya telah tertarik dengan akaun perniagaan oleh maybank. Akaun perniagaan yang ditawarkan oleh maybank ni tak perlu introductor, tak perlu cop syarikat dan hanya mohon online je. Tapi bila permohonan online dah berjaya kita perlu la pergi ke cawanagn bank yang dipilih untuk hantar segala salinan dakumen yang diperlukan termasuk salinan ssm yang masih sah. Selepas hantar semua dokumen kita boleh balik rumah dulu dan tunggu pegawai bank akan call kita dalam tempoh seminggu. Ini kerana pihak bank perlu menyemak segala dokumen kita dahulu sebe;um diaktifkan akaun kita. Bila akaun kita dah aktif pihak bank akan call untuk kita datang bank dan masukkan depost rm 1000. Tapi deposit tu boleh keluarkan balik la selepas  satu hari akaun di aktifkan. 

Buat bisnes lebih yakin.................

Dah ada akaun bisnes ni saya lebih yakin lagi la nak buat bisnes dan boleh lah saya asingkan antara duit pekerjaan tetap dan duit bisnes. Lagi satu dengan menggunakan akaun bisnes ni pelangan akan lebih yakin dengan kita  tertamanya dalam bisnes online macam saya. Selepas ini tak ada lah masalah bank nak bekukan akaun peribadi  saya lagi kerana transaksi harian yang banyak.  


Ni maklumat akaun perniagaan saya......

Nama            : Msba Berkat Enterprise
Bank             : Maybank
No Akaun     : 5531 3105 9832